ANUGERAH & PENCAPAIAN

Akademi Sukan turut menerima pengiktirafan daripada pihak universiti di atas usaha yang bersungguh-sungguh dalam memastikan pengurusan pentadbiran dan kewangan berjalan lancar dan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif kepada warganya. Ia menjadi dorongan kepada warga Akademi Sukan untuk melakukan usaha yang berterusan bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.