Senarai Aktiviti Komuniti

 

Program Komuniti: Sports Carnival 2016

Ketua Program: Prof. Dr. Shamala Subramaniam

Tarikh: 17 Disember 2016

Ringkasan Aktiviti: Program ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Astaka MBPJ. Sebanyak 5 sukan telah dianjurkan. Klinik serta pertandingan mini telah dijalankan. Ia dapat memberi pendedahan kepada para anak yatim mengenal pasti tentang keupayaan mereka dalam pelbagai bidang terutamanya sukan

 


  

 

Program Komuniti: Menyertai Pameran Sempena Sambutan Jubli Emas Anugerah Sukan 2015

Ketua Program: Prof. Dr. Shamala Subramaniam

Tarikh: 25 Mei 2016

Ringkasan Aktiviti: Pameran diadakan di ruang legar Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ia memberi peluang kepada komuniti dan mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang sukan mengenali dengan lebih dekat Akademi Sukan UPM, penyelidikan yang telah dilakukan dan perkhidmatan yang ditawarkan

 


 

           

 Program Komuniti: Karnival Sukan Integrasi OKU dan Pameran Modul Latihan 'Online' Atlet Paralimpik 2015

Ketua Program: Prof. Madya Dr Tajularipin Sulaiman

Tarikh: 10 Oktober 2015 

Ringkasan Aktiviti: Program telah diadakan di perkarangan Pusat Sukan UPM dengan meriahnya. Ia memberi pendedahan awal kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan normal tentang acara-acara sukan yang ada di dalam sukan paralimpik dan mendorong golongan OKU untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang sukan melalui penerbitan Modul Latihan Paralimpik

 


  

       

 Program Komuniti: General Health Screening Program

Ketua Program: Prof. Madya Dr Hazizi Abu Saad

Tarikh: 12 Mac 2016

Ringkasan Aktiviti: Membantu pihak penganjur menjalankan ujian saringan kesihatan dan ujian kecergasan secara umum kepada peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian MAKNA Run

 


 

 

 Program Komuniti: Memperkasa Ibubapa Melalui Pensijilan Sukan

Ketua Program: Prof. Dr. Shamala Subramaniam

Tarikh: 1 Januari - 31 Disember 2015

Ringkasan Aktiviti: Memperkasa ibubapa dengan pendidikan sukan. Program ini memberi pendedahan tentang persediaan awal  yang perlu peningkatan pemahaman serta penghayatan tentang ilmu sukan di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan