|
Maklumat Seminar Akademi Sukan 2010 |

Seminar Akademi Sukan Siri Ke3 iaitu dari Prof. Madya Dr. Aminuddin Yusof akan diadakan pada 29 Disember 2010. Kepada yang berminat untuk menyertai seminar kami, sila isi borang permohonan online.Untuk sebarang pertanyaan mengenai seminar, sila hubungi 03-89464295. Tiada bayaran dikenakan.
|
|
|
Seminar Akademi Sukan Siri 2 2010 |
|
TAJUK :
STATUS DAN CORAK PENGLIBATAN RAKYAT MALAYSIA
DALAM AKTIVITI SUKAN DAN KEGIATAN FIZIKAL
: IMPLIKASI KEPADA BUDAYA BERSUKAN

PEMBENTANG
Prof. Madya Dr. Aminuddin Yusof
SINOPSIS:
STATUS DAN CORAK PENGLIBATAN RAKYAT MALAYSIA DALAM AKTIVITI SUKAN DAN KEGIATAN FIZIKAL : IMPLIKASI KEPADA BUDAYA BERSUKAN
Pembentangan seminar adalah berdasarkan dapatan kajian kebangsaan yang dijalankan untuk mengenal pasti status dan corak penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal berdasarkan demografi seperti jantina, umur, bangsa, negeri dan kawasan tempat tinggal. Selain itu, kajian ini juga meneliti penglibatan masyarakat Malaysia dalam aktiviti sukan dan rekreasi anjuran KBS. Seterusnya, motif penglibatan masyarakat Malaysia dalam aktiviti sukan serta halangan bersukan juga turut dikaji. Sampel kajian terdiri dari 3545 subjek dari semua negeri di Malaysia. Dapatan kajian menujukkan terdapat perbezaan jantina dari segi masa bersukan dan kegiatan fizikal. Golongan perempuan remaja dan dewasa didapati kurang melakukan aktiviti sukan dan kegiatan fizikal berbanding lelaki. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan umur dari segi aktiviti sukan dan kegiatan fizikal. Golongan belia remaja (15-18) paling aktif bersukan dan terdapat penurunan aktiviti sukan pada umur dewasa. Masyarakat Cina didapati paling kurang aktif bersukan atau melibatkan diri dalam aktiviti fizikal berbanding kaum lain. Dari aspek aktiviti fizikal pula, peratus masyarakat dewasa Malaysia yang aktif melakukan aktiviti fizikal dalam seminggu rendah secara keseluruhan (34%). Seterusnya dapatan menunjukkan hanya 22% masyarakat belia remaja aktif melakukan aktiviti fizikal. Peratus masyarakat yang terlibat dengan aktiviti KBS juga rendah (13%) dan kajian ini mengenal pasti beberapa kekangan yang menghalang penyertaan masyarakat dalam aktiviti KBS. Dapatan kajian menunjukkan faktor penguasaan kemahiran seperti keinginan membentuk kecergasan fizikal dan menjadi aktif merupakan motif paling domnan mengapa masyarakat reaja dan dewasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Sementara itu, halangan struktur dari segi aspek kemudahan didapati paling dominan menghalang belia remaja dari bersukan. Wanita dewasa juga didapati menghadapi halangan struktur, interpersonal dan intrapersonal yang lebih tinggi dar penduduk lelaki. Dapatan kajian diharap dapat membantu pihak terlibat mengenalpasti segmen populasi yang memerlukan intervensi aktiviti fizikal atau sukan serta membuat strategi baharu yang lebih efektif bagi meningkatkan penglibatan belia dan masyarakat dalam sukan. Ini secara keseluruhannya akan membawa kepada pengubalan polisi atau dasar dan implementasi yang efektif bagi memastikan budaya sukan dan amalan gaya hidup sihat dapat diwujudkan dikalangan penduduk di Malaysia. |
|
|