UTAMA | AKADEMI SUKAN

Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) mempunyai pelbagai jenis kemudahan sukan dalaman dan luaran yang sesuai untuk sebarang penganjuran sukan. Kemudahan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) ini adalah digunakan oleh pelajar, staf dan komuniti. Selain itu, kemudahan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) juga dibuka untuk sewaan agensi luar bagi penganjuran kejohanan sukan. Berikut merupakan senarai kemudahan sukan yang terdapat di Universiti Putra Malaysia (UPM):

 

Sila klik dokumen yang berkenaan:

Maklumat Kejohanan Sukan Kolej UPM Semester Pertama, 2023/2024

 

Takwim Kejohanan Sukan Kolej Semester Pertama, Sesi 2023/2024 

Undian Pasukan Bagi Acara Semester Pertama

Kutipan Markah Bagi Keseluruhan Sukan Kolej Semester Pertama Sesi 2023/2024 

Laporan Kejohanan Sukan Kolej Semester Pertama Sesi 2023/2024

 

Maklumat Kejohanan Sukan Kolej UPM Semester Kedua, 2022/2023

 

Takwim Kejohanan Sukan Kolej Semester Kedua, Sesi 2023/2024 

Undian Pasukan Bagi Acara Semester Kedua

Markah Keseluruhan Sukan Kolej Sesi 2022/2023

Laporan Kejohanan Sukan Kolej Sesi  2022/2023

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia yang begitu sinonim dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Sebagai ikon kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, UPM sering merangkul anugerah-anugerah berprestij dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi di peringkat antarabangsa sehingga berada di dalam senarai universiti terbaik di dunia.

Kejayaan demi kejayaan membanggakan yang diterima oleh UPM telah menambat minat dan keyakinan ramai pelajar tempatan serta luar negara seperti Perancis, Arab Saudi, Iran dan Australia melanjutkan pelajaran mereka di UPM yang juga terkenal dengan persekitaran alam semula jadi kampus yang menghijau lagi mendamaikan.

UPM merupakan institusi ilmu yang menjadi legasi gemilang kepada sejarah pendidikan pertanian di Malaysia. Pertanian yang dijulang UPM melewati pendidikan dan penyelidikan, menghasilkan modal insan pertanian yang berkualiti, memperkayakan ilmu pengetahuan, meneroka pelbagai inovasi dan mencipta kehidupan yang cemerlang.

UPM banyak membangunkan inovasi dalam bidang pertanian dan pelbagai bidang lain untuk membantu dan meningkatkan ekonomi negara dan memperkasa taraf hidup masyarakat. Aktiviti pengajaran, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan pengembangan yang telah dilaksanakan UPM adalah bergerak seiring dengan kemajuan pertanian dan penemuan baharu untuk kesejahteraan negara. Inovasi dan pertanian yang dijana UPM akan menjamin kelestarian kehidupan.

Dalam usaha untuk memastikan bahawa UPM sentiasa menjadi Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang terunggul dan tersohor di seantero dunia seiring dengan visinya, iaitu menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa, UPM sentiasa menitikberatkan kandungan program yang ditawarkan bertepatan dengan pasaran kerja semasa.

Perkhidmatan yang disediakan di UPM merupakan unit integrasi daripada infrastruktur yang dirancang untuk mempamerkan perkhidmatan yang terdapat di UPM sekaligus menyokong dan membantu misi pendidikan universiti secara berterusan selain meningkatkan kualiti kehidupan di kampus.

Tanyalah pengalaman pelajar Universiti Putra Malaysia dan mereka pasti akan menceritakan tentang 'Gaya Hidup Serdang' di mana anda akan bergaul dan saling mengenali rakan-rakan baru, menelaah dan membuat kajian dalam suasana yang kondusif serta menikmati aktiviti luar atau beriadah dalam komuniti yang mesra. Persekitaran kehidupan positif di UPM pasti tidak akan membuatkan anda berasa keseorangan.

Jika anda menggenggam hasrat untuk mengecap kecemerlangan dalam kerjaya serta ingin menimba pengalaman berharga dalam persekitaran yang selesa, aman serta kondusif, UPM amat mengalu-alukan kedatangan anda.

artikel
Senaman dan Pergerakan untuk Kesihatan, Kesejahteraan dan Kerja yang Hebat
Terdapat tiga pemacu utama kesihatan dan kesejahteraan kita: pemakanan yang baik, senaman dan tidur. Ia mungkin kelihatan mudah dan jelas, tetapi itu tidak bermakna kita telah melindunginya. Dalam artikel ini, kita memberi tumpuan kepada senaman untuk kesihatan dan kesejahteraan. (Kita merangkumi pemakanan dan tidur dalam artikel berasingan.)
Senaman dan Pergerakan untuk Kesihatan, Kesejahteraan dan Kerja yang Hebat
DEFINISI DAN INTERPRETASI “SAFE SPORT”
DEFINISI DAN INTERPRETASI “SAFE SPORT”
ATLET DAN RAMADHAN
ATLET DAN RAMADHAN
Artikel-artikel lain...
berita
Skuad hoki 5 sebelah sertai Piala Dunia
Skuad hoki 5 sebelah sertai Piala Dunia
KUALA LUMPUR: Skuad hoki 5 sebelah (5's) lelaki kebangsaan enggan memandang rendah kemampuan lawan dalam Kumpulan D di Piala Dunia 5's yang dijadual berlangsung dari 28 hingga 31 Januari depan di Muscat, Oman.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
twitter.png
youtube.png
insta.png
SXDTNAO~