| SPORTS ACADEMY

Penglibatan tenaga pakar dalam penyelidikan sangat diperlukan bagi menjalankan penyelidikan secara berfokus dan berterusan di dalam bidang sains sukan bagi meningkatkan prestasi ahli sukan di dalam sukan berprestasi tinggi dan juga pembangunan sukan negara melalui penemuan baharu menggunakan kaedah saintifik. Pasukan felo penyelidik Akademi Sukan terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang kepakaran yang menyumbang kepakaran mereka bagi mencapai visi dan misi penubuhannya

Akademi Sukan memainkan peranan secara aktif dalam mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan pihak industri dan komuniti setempat. Ia bertujuan memastikan proses pemindahan ilmu dan kepakaran memenuhi keperluan dan aspirasi negara serta jangkaan industri dan komuniti demi manfaat bersama. Kerjasama pintar ini dilakukan dengan pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun agensi swasta dan juga organisasi bukan kerajaan (NGO). Berikut merupakan antara rakan strategik kerjasama kami.

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia yang begitu sinonim dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Sebagai ikon kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, UPM sering merangkul anugerah-anugerah berprestij dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi di peringkat antarabangsa sehingga berada di dalam senarai universiti terbaik di dunia.

Kejayaan demi kejayaan membanggakan yang diterima oleh UPM telah menambat minat dan keyakinan ramai pelajar tempatan serta luar negara seperti Perancis, Arab Saudi, Iran dan Australia melanjutkan pelajaran mereka di UPM yang juga terkenal dengan persekitaran alam semula jadi kampus yang menghijau lagi mendamaikan.

UPM merupakan institusi ilmu yang menjadi legasi gemilang kepada sejarah pendidikan pertanian di Malaysia. Pertanian yang dijulang UPM melewati pendidikan dan penyelidikan, menghasilkan modal insan pertanian yang berkualiti, memperkayakan ilmu pengetahuan, meneroka pelbagai inovasi dan mencipta kehidupan yang cemerlang.

UPM banyak membangunkan inovasi dalam bidang pertanian dan pelbagai bidang lain untuk membantu dan meningkatkan ekonomi negara dan memperkasa taraf hidup masyarakat. Aktiviti pengajaran, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan pengembangan yang telah dilaksanakan UPM adalah bergerak seiring dengan kemajuan pertanian dan penemuan baharu untuk kesejahteraan negara. Inovasi dan pertanian yang dijana UPM akan menjamin kelestarian kehidupan.

Dalam usaha untuk memastikan bahawa UPM sentiasa menjadi Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang terunggul dan tersohor di seantero dunia seiring dengan visinya, iaitu menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa, UPM sentiasa menitikberatkan kandungan program yang ditawarkan bertepatan dengan pasaran kerja semasa.

Perkhidmatan yang disediakan di UPM merupakan unit integrasi daripada infrastruktur yang dirancang untuk mempamerkan perkhidmatan yang terdapat di UPM sekaligus menyokong dan membantu misi pendidikan universiti secara berterusan selain meningkatkan kualiti kehidupan di kampus.

Tanyalah pengalaman pelajar Universiti Putra Malaysia dan mereka pasti akan menceritakan tentang 'Gaya Hidup Serdang' di mana anda akan bergaul dan saling mengenali rakan-rakan baru, menelaah dan membuat kajian dalam suasana yang kondusif serta menikmati aktiviti luar atau beriadah dalam komuniti yang mesra. Persekitaran kehidupan positif di UPM pasti tidak akan membuatkan anda berasa keseorangan.

Jika anda menggenggam hasrat untuk mengecap kecemerlangan dalam kerjaya serta ingin menimba pengalaman berharga dalam persekitaran yang selesa, aman serta kondusif, UPM amat mengalu-alukan kedatangan anda.

C1511481132