Muhammad Erry, Joe Ee Dinobat Olahragawan, Olahragawati Wilayah Persekutuan | SPORTS ACADEMY
» NEWS » Muhammad Erry, Joe Ee dinobat Olahragawan, Olahragawati Wilayah Persekutuan

Muhammad Erry, Joe Ee dinobat Olahragawan, Olahragawati Wilayah Persekutuan

Jaguh angkat berat, Muhammad Erry Hidayat dan atlet gimnastik, Ng Joe Ee dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan pada Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan di Putrajaya,malam ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Jaguh angkat berat, Muhammad Erry Hidayat dan gimnas Ng Joe Ee dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan pada Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2021/2022, di sini, malam ini.

Kedua-dua atlet itu masing-masing membawa pulang piala pusingan, hadiah wang tunai RM8,000 serta tajaan barangan sukan bernilai RM1,000 yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Muhammad Erry, yang baru meraikan ulang tahun kelahiran ke-24 pada 24 Nov lalu, mengetepikan saingan sengit iaitu atlet renang, Steve Khiew dan jaguh karate, S Prem Kumar.

Badang negara itu, yang juga anak kepada bekas jaguh angkat berat Hidayat Hamidun, melakar kejayaan cemerlang antaranya merangkul pingat perak Kejohanan Angkat Berat Asia 2021 dan pingat perak Sukan Komanwel 2022 Birmingham.

Joe Ee pula dinobatkan sebagai Olahragawati Wilayah Persekutuan mengatasi dua penerjun Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur berusia 18 tahun itu menampilkan aksi cemerlang sepanjang 2022 apabila merangkul dua pingat emas dalam disiplin bola dan riben pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham serta memenangi gelaran Olahragawati Kebangsaan 2022.

Anugerah Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan pula masing-masing dimenangi atlet silat Muhammad Khairi Adib Azhar serta Ain Najwa Muhamad Basri Darul yang membawa pulang piala iringan, wang tunai RM5,000 dan juga tajaan barangan sukan bernilai RM1,000.

Sementara itu, Anugerah Khas disampaikan kepada pemain badminton beregu lelaki, Soh Wooi Yik susulan pencapaiannya memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020. - BERNAMA

Berikut senarai penerima pada Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2021/2022:

Olahragawan: Muhammad Erry Hidayat

Olahragawati: Ng Joe Ee

Olahragawan Harapan: Muhammad Khairi Adib Azhar

Olahragawati Harapan: Ain Najwa Muhamad Basri Darul

Anugerah Para Lelaki: Lee Chee Hong

Pasukan Lelaki Terbaik: Kanu

Pasukan Wanita Terbaik: Bola Jaring

Pegawai Sukan Terbaik: Ahmad Janius Abdullah

Anugerah Khas Badan Sukan: Persatuan Gimnastik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan: Petrina Low Lai Hun

Jurulatih Lelaki Terbaik: Matin Guntali

Jurulatih Wanita Terbaik: Afrita Ariany Nasril

Anugerah Sukan Orang Pekak: Foo Zu Tung

Anugerah Khas Wilayah Persekutuan: Soh Wooi Yik

Sumber : berita harian online 

Date of Input: 04/12/2023 | Updated: 04/12/2023 | rohaida_h

MEDIA SHARING

SPORTS ACADEMY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXEcLAr~